Kelas Multimedia Canva

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 11 Julai 2020 telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penghasilan poster digital dengan menggunakan Canva. Pada kelas kali ini beliau di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan poster digital. Beliau boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan.

Selain itu, beliau juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas ini, beliau telah berjaya menghasilkan poster dengan mengikut tema Hentikan Penyebaran Virus. Beliau boleh memuat turun poster yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali